Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
SETIAP individu tentu pernah berasa cemburu. Tidak kiralah dalam konteks perhubungan cinta antara lelaki dan wanita, keluarga atau paling tidak iri hati ketika di bangku sekolah. Meniti alam dewasa, mungkin pernah antara kita merasa cemburu dengan teman sekerja atau tertanya-tanya mengapa dirinya lebih berjaya.
Sama ada rasa cemburu akhirnya mendorong diri kita menjadi insan lebih baik atau hanyut diselubungi perasaan negatif hingga membawa kepada hasad dengki, situasi sebegini dianggap lumrah kehidupan. Rasa cemburu jika tidak dibendung lebih awal, lama kelamaan perasaan negatif yang bertunas di hati boleh meledak api emosi. Andai tidak dikawal, ia mampu mencetuskan perbalahan lebih besar. Ibarat gunung merapi yang menanti waktu untuk meletus, konflik cemburu boleh bertukar menjadi tragedi lebih dahsyat.
Faktor iri hati itu jika diselidik, tiada tembok sempadannya. Sama ada antara lelaki bersama lelaki, perempuan dengan perempuan atau lelaki dengan wanita. Ada banyak sebab yang memungkinkan perasaan cemburu timbul.
Antara faktor cemburu termasuk melihat kejayaan orang lain; kebahagiaan yang mereka kecapi; kelebihan dari segi paras rupa; kenaikan pangkat; perhatian yang diberi melebihi diri sendiri dan tarikan lain yang membuatkan seseorang itu lebih menonjol.
Jika dikaji, tiada sebab untuk seseorang cemburu dengan kejayaan orang melainkan dirinya sendiri harus berusaha mengubah nasib. Jangan jadikan perasaan cemburu dan iri hati sebagai penghalang untuk terus mengejar kemajuan. Tidak salah untuk berasa cemburu ke atas kejayaan individu lain asalkan perasaan itu diselangi dengan semangat baru untuk sama-sama beroleh kejayaan.
Apabila anda dirundung rasa cemburu, perkara pertama yang perlu dilakukan ialah ketepikan perasaan hasad dengki yang boleh memakan diri. Sama ada dalam hubungan cinta ataupun konflik dengan rakan-rakan, pastikan anda sentiasa berfikiran positif menangani setiap isu mendatang.
Tarik nafas dalam-dalam kerana ia mampu memberi motivasi dan semangat baru untuk berdepan dengan pelbagai kemungkinan. Andai sudah redakan diri, apa kata minum air untuk memastikan diri tenang.
Jangan bangkitkan konflik, sebaliknya hindari daripada berdepan dengan individu yang anda tidak gemari. Jauhi mereka seketika bagi membolehkan anda mampu mengumpul kekuatan serta semangat baru dalam hidup.
Pilihan bersendiri seharusnya dimanfaatkan untuk berehat dan mencari sedikit ketenangan. Jika tidak mahu diri tersisih atau sunyi, sibukkanlah diri dengan bertemu sahabat lama untuk meredakan tekanan.
Dekatkan diri dengan Yang Maha Esa kerana itulah sumber kekuatan ketika berdepan situasi sukar.
Bagaimana mahu hentikan rasa cemburu
1. Ketahui punca
Tiada sebab cemburu jika kalau kita tidak tahu puncanya. Selidik mengapa anda cemburu hingga mencetuskan rasa tidak puas hati, tersinggung atau kecewa dengan orang sekeliling. Tentu ada sebab mengapa anda kecil hati.
2. Tarik nafas dalam-dalam
Jangan cepat melenting, sebaliknya fikir secara positif dengan menarik nafas dalam-dalam biarpun ketika berdepan dengan individu yang menyinggung hati anda. Cuba jadi individu profesional walaupun ketika berdepan dengan orang yang anda sudah jelak.
3. Menangis semahunya
Tidak salah mengekspresi diri dengan menangis. Pastikan anda tidak menangis di depan ‘lawan’, sebaiknya cari waktu terbaik untuk menyendiri atau bersama dengan orang yang anda percaya. Menangis sepenuh hati mampu meredakan tekanan.
4. Berfikiran positif
Buang jauh-jauh unsur negatif dalam diri, sebaliknya kembalikan aura positif. Cuba alih rasa cemburu dengan memikirkan benda yang baik-baik. Ibarat kata orang belajarlah memujuk diri.
5. Berhenti untuk membandingkan diri anda dengan orang lain
Alamat memang tidak akan habis cemburu jika sibuk membandingkan nasib anda dengan orang lain.
6. Jangan kecewa dengan diri sendiri
Setiap orang mempunyai kelemahan diri dan belajarlah mengakui tiada siapa yang sempurna. Positif dalam diri resipi untuk kurang berasa cemburu.
7. Percaya diri
Ketepikan rasa sakit hati, lantas percaya kepada bakat dan rezeki yang mendatang. Tidak perlu menjadi orang lain atau mempunyai perasaan hasad dengki yang akhirnya memakan diri.
8. Bekerja keras
Motivasi diri dengan berazam mengubah personaliti sedia ada. Ibarat menjadi lebih baik untuk hari esok berbanding hari ini. Tumpuan berikutnya untuk menjadi insan berkualiti yang menjadi rebutan semua orang. Akhir sekali, sentiasa berdoa kepada Allah SWT supaya dikurniakan rezeki dan kesihatan yang baik.
Semoga bermanafaat.
Mengenai Saya
- sapili
- Kota kinabalu, Sabah, Malaysia
- Sama-samalah kita ingat mengingati 'Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati'.
Jumlah Paparan Halaman
Pengikut
Isnin, 31 Januari 2011
Rahsia Khusyu’ Dalam Sembahyang
Al Fatihah ialah kata-kata Munajat . Dengan ayat Al Fatihah kita berkata-kata secara langsung dengan Allah s.w.t.
Maka sebelum itu kita perlu membaca kalimah ‘Ta’awwuz’ dengan tujuan memohon perlindungan diri dengan Allah SWT dari segala gangguan dan bencana yang datang dari Iblis dan syaitan yang terkutuk, kerana dialah yang sentiasa berusaha untuk memalingkan hati kita dari menghadapi Allah.
Kemudian kita diperlukan pula membaca “Bismillah” untuk mendapatkan berkat dengan nama Allah sebelum melaksanakan sesuatu pekerjaan, sambil mengingat bahawa Allah sahajalah yang menguasai segala-segalanya dengan sifat Maha Pengasih dan Maha Penyayang.
Oleh kerana Al Fatihah adalah Ibu Segala Ayat di dalam Quran, hati dan jiwa kita hendaklah dipusatkan kepadanya ketika lidah kita membacanya. Ketika membaca Al Fatihah, sebaik-sebaiknya hati hendaklah mendahului lidah, atau sekurang-kurangnya hendaklah lidah menjadi guru bagi hati, iaitu hati hendaklah mengingat makna sesudah lidah membacanya.
1. Ketika kita membaca ‘Alhamdulillahi Rabbil Alamin’ kita ingat di dalam hati bahawa segala kepujian adalah hak-kepunyaan Allah kerana Allah menjadikan seluruh alam dan mengatur serta menguasainya. Maka tidaklah ada sesiapa selain dari Allah yang berhak menerima kepujian itu.
Kemudian kita berhenti sejenak untuk menanti reaksi kepada pujian kita itu, seolah-olah kita dengar Allah menjawab: “ Aku telah disanjung oleh hambaKu.”
2. Bila kita membaca ‘Ar Rahmanir Rahim’ kita tekankan dalam hati bahawa fungsi Allah sebagai Penguasa dan Pengatur alam berlaku kerana sifat Pengasih dan PenyayangNya. Maka segala yang kita terima dari kurniaanNya adalah dengan RahmatNya semata-mata. Jika tidak kerana Rahmat-Nya, alam ini tidak mungkin terjadi dan tidak pula tersusun seperti yang kita lihat.
3. Ketika kita membaca ‘ Maliki Yaumid-Din’ hendaklah kita ingat bahawa Allah s.w.t adalah Penguasa dan Hakim yang Maha Agung di Akhirat. Hanya Dia yang membuat perhitungan dan memberi ganjaran kepada segala amalan kita di dunia. Maka tidaklah ada kuasa lain yang boleh diharap-harapkan selain dari Allah.
4. Apabila kita mebaca “Iyyaka Na’budu Wa Iyyaka Nasta’in” ingatan kita tertumpu kepada Allah yang Maha Agung dengan ikrar bahawa tidak ada sesuatu pun yang disembah melainkan ‘Engkau’. Maka secara langsung kita berikrar: KepadaMu aku beribadat dan kepadaMu jua aku memohon pertolongan! Dengan ikrar ini juga kita harap akan diperteguh i’tiqad di dada kita bahawa walaupun bantuan dari makhluk diperlukan juga dalam kehidupan kita sehari-hari, tetapi Allah adalah Penggerak dan Penolong Yang Sebenar di sebalik usaha dan ikhtiar makhlukNya.
5. Ketika kita membaca “Ihdinas-Siratal-Mustaqim” ucapan ini adalah doa dan permintaan kita supaya Allah memberi petunjuk kepada kita ke jalan yang benar dalam segala hal, baik yang mengenai amalan atau ilmu yang kita perlukan sebagai hambaNya yang taat.
Doa ini penting kerana kita tidak mungkin menemui jalan yang lurus dan benar itu jika Allah tidak memberi petunjukNya kepada kita.
6. Ketika kita membaca “Shiratal-lazina An’amta Alaihim” kita harus sematkan dalam ingatan bahawa ‘ Jalan Lurus’ yang kita pohonkan dari Allah sebenarnya adalah jalan yang pernah dinikmati oleh hamba-hamba Allah yang lain oleh pemberianNya jua. Dengan kesedaran ini semoga kita mencontohi amalan orang-ornag yang telah diberi nikmat oleh Allah di dunia ini, semoga kita akan menyertai mereka di akhirat nanti.
7. Ketika kita membaca “Ghairil Maghdubi Alaihim Waladh-Dhaal-Liiin” kita memohon pada Allah supaya dijauhkan kita dari jalan, perbuatan dan sifat manusia yang dibenci dan dimurkai oleh Allah kerana kecenderungan mereka melakukan kebatilan dan kemungkaran, sedangkan kebatilan membawa kepada kesesatan. Pada akhir ayat ini kita berhenti sejenak untuk menanti jawapan dari Allah, yang kita harap-harapkan akan berkata: “Aku beri kepada hambaKu, dan bagi hambaKu ini apa yang ia minta”.
Sumber:
Rahsia Khusyu’ Dalam Sembahyang- Mustafa Suhaimi

Ahad, 30 Januari 2011
Selawat Syifa’: Kekeliruan Berterusan Kesan Kedangkalan Akal
Dicatat oleh al-Faqir Ila ALLAH Ta’ala pada 24.12.10
Seorang sahabat bertemu saya dan berkata, ”Di Klang sekarang ada ustaz yang sibuk mengempen selawat syifa’ itu syirik. Ramai orang jadi keliru dan jadi isu…”.
Seorang sahabat bertemu saya dan berkata, ”Di Klang sekarang ada ustaz yang sibuk mengempen selawat syifa’ itu syirik. Ramai orang jadi keliru dan jadi isu…”.
Saya menggeleng hairan, masih ada orang yang gemar membawa isu sebegini. Maksudnya isu yang sudah sedia maklum bahawa ia boleh mengelirukan malah memecahkan masyarakat serta hukumnya pula bukan hukum yang disepakati ulama, tapi masih terus dicanangkan. Bahkan sesetengahnya tidak tahu mendalam pun akan hujung pangkal, dan atas bawah tentang kedudukan apa yang keluar dari mulutnya. Kalau ulama yang diikutinya berkata: ”Mengandungi unsur syirik”, maka kita akan lihat pengikutnya terus langsung berkata menurut faham akalnya: ”Syirik”, tanpa berlapik lagi. Sedangkan perkara syirik adalah perkara amat besar yang boleh jatuh kepada kafir, maka tuduhan syirik kita itu samalah seperti kita mengkafirkan orang lain juga… wal ’iyazu biLlah.
Ini baru selawat syifa’ yang dihukum syirik, yang sebenarnya fatwa tersebut sudahpun keluar dahulu di Arab Saudi, dan mereka ini cuma pak turut sahaja. Belum lagi selawat Dala’il al-Khairat, Qasidah Burdah, Barzanji dan lain-lain yang sudahpun dihukum mengandung syirik oleh ulama di sana. Tinggal tunggu sahaja kader-kadernya di sini. Walaupun sudah ada ditulis dalam laman-laman web dan blog-blog, cuma tiada digazetkan …
Teks Selawat Syifa’
Terjemahan:
“Ya Allah, berilah selawat (rahmat) ke atas penghulu kami, Muhammad s.a.w., penyembuh hati-hati dan pengubatnya, dan penyejahtera badan dan penawarnya, dan juga cahaya penglihatan dan sinarnya, serta berilah juga selawat (rahmat) ke atas ahli keluarga dan sahabatnya, begitu juga barakah dan salam”.
Punca Kekeliruan
Pada 29 Januari 2007, setelah kononnya meneliti dan membahaskan secara teliti mengenai selawat syifa’, Jawatankuasa Syariah Negeri Perlis sebulat suara membuat keputusan bahawa selawat syifa’ yang diamalkan oleh sebahagian anggota masyarakat telah didapati tidak bersumberkan daripada apa-apa sumber Islam yang muktabar iaitu nas-nas al-Quran atau as-Sunnah. Bahkan kandungan selawat ini amat mengelirukan dan bercanggah dengan prinsip-prinsip aqidah Islam kerana memberikan unsur-unsur ketuhanan kepada baginda ar-Rasul saw. Adapun andaian-andaian sesetengah pihak dalam membela maksud selawat tersebut tidak dapat diterima dari segi ilmiahnya. Asas pertimbangan pengeluaran fatwa ialah Jawatankuasa Syariah Negeri Perlis di dalam membuat keputusan berkaitan Hukum Selawat Syifa’ telah menghalusi kertas kerja dari Dr. Azwira bin Abdul Aziz (Pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia/ Ahli Jawatankuasa Syariah Negeri Perlis) berjudul Menilai Salawat Syifa’.
Fatwa tersebut juga disiarkan dalam Buletin Jabatan Mufti Negeri Perlis, Suara al-Sunnah, Bil. 1 April 2007. Kemudian tersebar di banyak laman internet. Antara laman web yang menghukum syirik kepada selawat syifa :
1. http://soaljawab.wordpress.com – dipunyai oleh masri, muslimz87, atau blognya yang diperbaharui iaitu lobaitampin.blogspot
2. http://bahaya-syirik.blogspot.com – dipunyai oleh Nawawi Subandi (nama yang sedang naik) yang juga menulis blog bagi FIQH SUNNAH, ia meringkaskan artikel Menilai Salawat Syifa’ tulisan Dr. Azwira Abdul Aziz.
3. http://al-fikrah.net .
4. Cuba tengok juga Rasul Dahri!!
Bantahan Para Pengamal
Oleh kerana masalah ini berkait rapat dengan amalan Darus Syifa’, maka untuk memperjelaskan tentang kekeliruan ini, pada hari Ahad 20 Mei 2007, Webmaster Darussyifa’ telah menyiarkan penjelasan Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din yang telah menerangkan penjelasannya dengan panjang lebar.
Antara yang ditulis dalam entri tersebut dengan sedikit ringkasan (entri asal):
Akhir-akhir ini terdapat golongan tertentu yang mempertikaikan bacaan Selawat Syifa’ dan Selawat Tafrijiyyah. Mereka mengatakan bahawa mengamalkan selawat-selawat ini boleh membawa kepada syirik kerana membesarkan Nabi Muhammad s.a.w. lebih daripada Allah SWT. Untuk memperjelaskan tentang kekeliruan ini, Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din telah menerangkan dengan panjang lebar (sila lihat rakamannya).
Dalam buku Doa & Rawatan Penyakit yang dikarang bersama oleh Y.Bhg Dato’ Dr. Haron Din dan Dr. Amran Kasimin menterjemahkan makna Selawat Syifa’ seperti berikut; “Ya Allah, berilah rahmat ke atas penghulu kami, Muhammad s.a.w. yang menyembuhkan hati-hati, penawarnya dan kesejahteraan badan, kesembuhan juga cahaya penglihatan dan berilah rahmat keberkatan dan kesejahteraan atas keluarga dan sahabatnya”.
Dalam terjemahan makna ini ada sedikit timbul kekeliruan kerana menyebut “Muhammad s.a.w. yang menyembuhkan hati-hati”. Persoalannya siapa yang memberi kesembuhan. Dalam terjemahan ini jika dibaca secara langsung memang ada sedikit kekeliruan kerana seolah-olah Nabi Muhammad yang menyembuhkan hati-hati.
Dalam persoalan Selawat Syifa’ ini Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din menjelaskan seperti berikut; di dalam kamus Bahasa Arab yang masyhur iaitu Kamus al-Munjid, perkataan “Tib” adalah bermaksud “’ilaj” iaitu di dalam bahasa Melayu bermakna “Ubat” atau “Penawar”. Ia bukan bermaksud “Syafi” iaitu menyembuhkan. Dengan itu kalau diterjemahkan: “Ya Allah, berilah rahmat ke atas penghulu kami Nabi Muhammad s.a.w. yang menjadi penawar kepada hati-hati”.
‘Iktikad kita perlu diperbetulkan supaya tidak syirik kepada Allah SWT. Allah SWT sahaja yang boleh memberi kesembuhan. Kesembuhan hanya milik Allah SWT. Semoga Allah SWT sentiasa menjauhkan kita daripada syirik kepada-Nya.
Menolak Tuduhan Syirik
Mungkin menghairankan bila orang berkata, “air sejuk ini penawar dahaga”, “surat anaknya sebagai pengubat rindu”, ”ubat ini penawar penyakit saya” dan sebagainya, kita tidak kata ia telah berbuat syirik. Tapi bila kita kata, ”Nabi Muhammad saw sebagai pengubat hati-hati manusia”, ”Nabi Muhammad saw sebagai penawar penyakit rohani manusia”, terus dikatakan kita telah berbuat syirik!! Sedangkan air sejuk, surat, ubat dan lain-lain itu semua adalah makhluk belaka, namun kita benarkan ungkapan penawar dan pengubat. Tetapi Nabi Muhammad saw yang merupakan sebaik-baik makhluk secara mutlak menurut iktikad Ahlus Sunah Wal Jamaah pula kita larang ungkapan tersebut. Padahal kita semua tahu ianya diungkap secara majazi.
Maka, bagaimana kita benarkan makhluk-makhluk yang bertaraf rendah itu lebih mulia dan lebih baik dari makhluk yang paling tinggi tarafnya di sisi Allah SWT secara mutlak?! Maksud makhluk (yang dicipta) di sini ialah apa sahaja yang selain Khaliq (Pencipta iaitu Allah SWT) dan Nabi Muhammad saw adalah makhluk yang paling afdhal secara mutlak menurut iktikad kita Ahlus Sunah Wal Jamaah.
Mari kita lihat makhluk-makhluk lain yang dinyatakan sendiri oleh Nabi SAW sebagai penawar atau pengubat. Dan fikirkan adakah semuanya itu yang merupakan makhluk terlebih afdhalnya sebagai penawar dan pengubat (khususnya rohani) berbanding Nabi saw, tuan penghulu seluruh makhluk, ketua semua manusia, pemberi syafaat, penghilang duka sengsara dan penyelamat mereka dari neraka Allah.
Di antara hadith-hadith tersebut ialah tentang;
1. Susu lembu
رَوَى الْحَاكِمُ فِي الْمُسْتَدْرَكِ (7423) عَنْ عَبْدِ الله بن مسعود ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى الله عَلَيه وسَلَّم قَالَ : مَا أَنْزَلَ الله مِنْ دَاءٍ إِلاَّ وَقَدْ أَنْزَلَ لَهُ شِفَاءً ، وَفِي أَلْبَانِ الْبَقَرِ شِفَاءٌ مِنْ كُلِّ دَاءٍ.
وَقَالَ : صَحِيحٌ عَلَى شَرْطِ مُسْلِمٍ ، وَلَمْ يُخْرِجَاهُ. ووافقه الذهبي. وفي رواية له (8224): عليكم بألبان البقر فإنها ترم من كل شجرة و هو شفاء من كل داء. “ترم” : أى تجمع وتأكل . وقال: هذا حديث صحيح الإسناد و لم يخرجاه، قال الذهبي قي التلخيص : صحيح.
2. Sana (sejenis tumbuhan) dan sanut (madu dalam geriba, atau jintan putih)
أخرج الحاكم (7442) عن إبراهيم بن أبي عبلة قال : سمعت أبا أبي ابن أم حزام وكان قد صلى مع رسول الله صلى الله عليه و سلم الصلاتين يقول : سمعت رسول الله صلى الله عليه و سلم يقول : عليكم بالسنا والسنوت فإن فيهما شفاء من كل داء إلا السام قيل : يا رسول الله وما السام ؟ قال : الموت.
قال: هذا حديث صحيح الإسناد ولم يخرجاه. قال الذهبي قي التلخيص : عمرو بن بكر اتهمه ابن حبان. “السنا” : هو نبت يتداوى به له إذا يبس زَجَل . “السَّنُّوت” : قيل هو العسل ، وقيل الرُّبُّ ، وقيل الكمُّون.
وأخرجه ابن ماجه (2/1144 ، رقم 3457) قال البوصيرى (4/58) : إسناده ضعيف. والحاكم (4/224 ، رقم 7442) وقال : صحيح الإسناد . وابن عساكر (27/75) . وابن منده ، والطبرانى ، والحاكم ، وابن السنى ، وأبو نعيم فى الطب ، والبيهقى ، عن أبى عبد الله ابن أم حرام قال ابن منده : غريب. وأخرجه أيضًا : الديلمى (3/26 ، رقم 4053) . وله شاهد عن أنس: ثلاث فيهن شفاء من كل داء إلا السام السنا والسنوت. قال محمد ونسيت الثالثة. أخرجه النسائى فى الكبرى (4/373 ، رقم 7577) ، والضياء (6/237 ، رقم 2255)، وسمويه.
3. Bekam
أخرج الحاكم (7475) وأبو داود (3363) عن أبي هريرة رضي الله عنه قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: من احتجم لسبع عشرة من الشهر كان له شفاء من كل داء.
قال الحاكم: هذا حديث صحيح على شرط مسلم ولم يخرجاه، ووافقه الذهبي.
4. Talbin (sejenis cairan tepung, sup)
أخرج الْحَارِثُ بْنُ مُحَمَّدِ بْنِ أَبِي أُسَامَةَ : عَنْ إِسْحَاقَ بْنِ أَبِي طَلْحَةَ ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى الله عَلَيه وسَلَّم أَنَّهُ قَالَ: فِي التَّلْبِينِ شِفَاءٌ مِنْ كُلِّ دَاءٍ.
كذا في إتحاف الخيرة المهرة بزوائد المسانيد العشرة للحافظ أحمد بن أبي بكر بن إسماعيل البوصيري، رقم 3882. والتَّلْبِينَةُ : حِسَاءٌ مِنْ دَقِيقٍ ، أَوْ نُخَالَةٍ يُشْبِهُ اللَّبَنَ فِي رِقَّتِهِ.
5. Habbah al-Sawda’, atau Syuniz
عن أَبِي هُرَيْرَةَ رضي الله عنه، أَنَّه سَمِعَ رَسُولَ اللهِ صلى الله عليه وسلم، يَقُولُ: فِي الْحَبَّةِ السَّوْدَاءِ شِفَاءٌ مِنْ كُلِّ دَاءٍ، إِلاَّ السَّامَ.
أخرجه البخاري ومسلم. وفي رواية: الشُّونِيزُ دَوَاءٌ مِنْ كُلِّ دَاءٍ إِلاَّ السَّامَ وهو الموت. (أخرجه ابن السنى فى الطب ، وعبد الغنى فى الإيضاح عن بريدة والترمذى عَنْ أَبى هُرَيْرَةَ موقوفا ، 4/402 رقم 2070) الشُّونِيزُ: أى الحبة السوداء ، وهى حبة البركة .
6. Biji sawi
حديث: عليكم بالثُفَاء فإن الله جعل فيه شفاء من كل داء (رواه ابن السنى ، وأبو نعيم عن أبى هريرة). “الثفاء” : هو حب الخردل وهو نبات عشبى صريف .
7. Air zam-zam
عن صفية قَالَ رَسُولُ الله صَلَّى الله عَلَيه وسَلَّم : ماء زمزم شفاء من كل داء. أخرجه الديلمى (4/152 ، رقم 6471) . ويشهد له حديث: ماء زمزم لما شرب له.
رواه أخرجه أحمد (3/357 ، رقم 14892) ، وابن ماجه (2/1018 رقم 3062) قال البوصيرى (3/209) : هذا إسناد ضعيف لضعف عبد الله بن المؤمل . والحكيم (2/222) ، وسمويه ، والبيهقى (5/148 ، رقم 9442) عن جابر. وأخرجه البيهقى فى شعب الإيمان (3/481 ، رقم 4127)عن ابن عمرو.
8. Kam’ah (sejenis cendawan)
رَوَاهُ أَبُو يَعْلَى الْمَوْصِلِيُّ : عَنِ ابْنِ بُرَيْدَةَ ، عَنْ أَبِيهِ ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ الله صَلَّى الله عَلَيه وسَلَّم : الْعَجْوَةُ مِنْ فَاكِهَةِ الْجَنَّةِ ، وَالْكَمْأَةُ دَوَاءٌ لِلْعَيْنِ وَالشُّونِيزُ دَوَاءٌ مِنْ كُلِّ دَاءٍ إِلاَّ الْمَوْتَ. وله شواهد تقويه.
9. Tamar ‘Ajwah
أخرج الترمذي (1992) عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: الْعَجْوَةُ مِنْ الْجَنَّةِ وَفِيهَا شِفَاءٌ مِنْ السُّمِّ وَالْكَمْأَةُ مِنْ الْمَنِّ وَمَاؤُهَا شِفَاءٌ لِلْعَيْنِ.
قَالَ: وَفِي الْبَاب عَنْ سَعِيدِ بْنِ زَيْدٍ وَأَبِي سَعِيدٍ وَجَابِرٍ وَهَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ غَرِيبٌ وَهُوَ مِنْ حَدِيثِ مُحَمَّدِ بْنِ عَمْرٍو وَلَا نَعْرِفُهُ إِلَّا مِنْ حَدِيثِ سَعِيدِ بْنِ عَامِرٍ عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ عَمْرٍو. وأخرجه النسائي في الكبرى (6716) عَنْ أَبِي سَعِيد وَجَابِر بن عبد الله عَنْ النَّبِيّ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قال ” الْعَجْوَة مِنْ الْجَنَّة , وَهِيَ شِفَاء مِنْ السُّمّ.
10. Sedekah
حديث رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: (داووا مرضاكم بالصدقة).
وهو حسن. وفي كشف الخفاء ومزيل الالباس عما اشتهر من الاحاديث على ألسنة الناس للعجلوني، إسماعيل بن محمد الجراحي، 1148: (حصنوا أمولكم بالزكاة ، وداووا مرضاكم بالصدقة ، وأعدوا للبلاء الدعاء) قال ابن الغرس: ضعيف، لكن ورد له شواهد ، وقال في المقاصد: رواه الطبراني وأبو نعيم والعسكري والقضاعي عن ابن مسعود مرفوعا اهـ، قلت: وزاد البيهقي في الشعب عن أبي أمامة ، والطبراني وأبو الشيخ عن سمرة بن جندب، والديلمي عن ابن عمر، وله عن أنس مرفوعا: ما عولج مريض بدواء أفضل من الصدقة.
11. Madu Lebah
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ ابن مسعود رَضِىَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم-: «عَلَيْكُمْ بِالشِّفَائَيْنِ الْعَسَلِ وَالْقُرْآنِ ».
أخرجه ابن ماجه (2/1142 ، رقم 3452) ، قال ابن كثير فى تفسيره (2/577) : هذا إسناد جيد . وقال البوصيرى (4/55) : هذا إسناد صحيح رجاله ثقات . والحاكم (4/222) وقال: 8225 – هذا حديث صحيح على شرط الشيخين ولم يخرجاه ووافقه الذهبي، 7435 – هذا إسناد صحيح على شرط الشيخين ولم يخرجاه ووافقه الذهبي. وأيده قوله تعالى: يَخْرُجُ مِنْ بُطُونِهَا شَرَابٌ مُخْتَلِفٌ أَلْوَانُهُ فِيهِ شِفَاءٌ لِلنَّاسِ. [النحل:69]
Pada hemat saya, sekiranya makhluk-makhluk tersebut sebagai syifa’, maka makhluk yang paling terbaik sebagai syifa’ ialah Junjungan Nabi Besar Muhammad SAW. Adapun al-Quran, ianya juga syifa’, namun ia adalah kalam Allah dan bukannya makhluk sebagaimana iktikad Ahlus Sunnah wal Jamaah.
Jika kita lihat dalam selawat syifa’ tersebut, kalimah tibb digandingkan bersama kalimah dawa’, kalimah ’afiyah bersama kalimah syifa’ dan kalimah nur bersama kalimah dhiya’. Jika kalimah dawa’ dan syifa’ sudah jelas sebagaimana menurut hadith-hadith di atas, maka kalimah tibb dan ’afiyah hanya dikiaskan sahaja kerana kedua-duanya saling bersambungan (‘ataf).
Adapun Nabi SAW sebagai nur, maka ini diambil dari ayat al-Quran:
قَدْ جَاءَكُمْ مِنَ اللَّهِ نُورٌ وَكِتَابٌ مُبِينٌ (15)
Di mana sebahagian ahli tafsir mentafsirkan nur itu sebagai Nabi Muhammad SAW (lihat al-Alusi misalnya). Maka kalimah dhiya’ itu hanya dikiaskan sahaja kerana ianya saling bersambungan. Maka tiada masalah sebenarnya pada selawat yang penuh barakah ini.
Konsep Sebab
Benda-benda yang disebutkan dalam hadith-hadith di atas itu semua adalah sebab. Demikian juga Nabi Muhammad SAW, baginda adalah sebab yang ditentukan oleh Allah SWT ke atas makhluk-Nya. Jika kita menyatakan perkara-perkara tersebut sebagai sebab, tetapi Nabi Muhammad SAW pula bukan sebagai sebab, maka rosaklah akidah kita. Bagaimana pula kita akan mendapatkan syafaat baginda di hari akhirat kelak? Jika kita katakan perkara-perkara tersebut sebagai sebab penyembuh, penawar dan pengubat namun yang memberi kesan ialah Allah SWT, maka begitulah juga iktikad kita dengan Nabi Muhammad SAW sebagai sebab penyembuh, penawar dan pengubat.
Justeru, Selawat Syifa’ ini sebenarnya adalah sejenis tawassul kepada Allah SWT bagi menunaikan hajat berkaitan. Bahkan seluruh pensyariatan selawat ke atas baginda Nabi SAW pada hakikatnya adalah juga sejenis tawassul kepada Allah SWT dengan diri baginda SAW yang diangkat darjatnya oleh Allah SWT tinggi di sisi-Nya.
Jika kita telah memulakan selawat tersebut dengan menyebut nama Allah, ”Ya Allah…”, (Allahumma…), maka bagaimana dapat masuk akal untuk menghukumkan selawat tersebut sebagai syirik??? Apakah kita memohon kepada Tuhan Penyembuh agar berselawat atau memberi rahmat kepada tuhan penyembuh seperti-Nya??? La hawla wala quwwata illa biLlah. Akal apa ini?? Saya yakin orang Islam paling jahil sekalipun tahu bahawa Nabi SAW itu bukan tuhan, tetapi adalah sebagai sebab, dan kekasih-Nya.
Amalan Para Ulama
Selawat ini telah diamalkan oleh ramai ulama tersohor, antaranya ialah al-’Allamah Sayyid Muhammad ’Alawi al-Maliki yang disajikan dalam buku wiridnya, Syawariq al-Anwar min Ad’iyah al-Sadah al-Akhyar, hlm. 95.
Selawat Syifa’ ini, selain amalan Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din, ia juga merupakan wirid Tuan Guur Nik Aziz, Menteri Besar Kelantan. Sila lihat visual ini;
Secebis Renungan
Sebagai menutup bicara, selalu kita dengar kisah karamah diceritakan oleh orang dari orang lain. Tetapi di sini ada sebuah kisah yang sejenisnya, diceritakan dan dituliskan sendiri oleh tuannya di sebuah laman forum, Muntadayat Rawdh al-Rayyahin berhubung kait dengan perbincangan kita, iaitu Nabi SAW sebagai sebab penyembuh (jadi sanadnya kuat). Kata Syeikh ‘Abdullah Muhammad ‘Akur, salah seorang ahli ilmu yang soleh dari Jordan:
دخلت لغرفة العمليات الجراحية في مدينة الحسين الطبية في عمان لإجراء عملية، وليلة العملية قبل الدخول: رايت المصطفى صلى الله عليه وسلم في أجمل صورة، ما رأيت اجمل منه قط، أبيض مشربا بالحمرة، وعيناه تميلان الى الخضرة وبعد أن سلمت عليه ورد عليّ السلام توسلت به في الشفاء، فأجاب الطلب تكرما، ولما أجريت العملية وهي من عمليات الدرجة الأولى، (أي من أصعب العمليات) أفاد الدكتور بأن العملية كانت ميسرة جدا. وأنا الآن بحمد الله قد حصل لي الشفاء ببركة دعاء المصطفى صلى الله عليه وسلم،
“Saya pernah memasuki bilik bedah di Bandar Perubatan al-Husain (King Hussein Medical City) di Amman untuk menjalani proses pembedahan (sekitar September 2009), dan pada sebelah malamnya sebelum operasi pembedahan, saya telah (bermimpi) melihat Nabi saw dalam gambaran yang paling indah, saya tidak pernah sama sekali melihat orang yang paling indah lebih dari itu. Baginda berkulit putih kemerahan, dan kedua-dua matanya cenderung berwarna hijau, dan selepas saya memberi salam kepada baginda dan baginda menjawab salam itu, lalu saya pun bertawassul dengan baginda bagi memohon penyembuhan, dan baginda pun dengan murah hatinya menunaikan permintaan tersebut. Setelah operasi pembedahan berlangsung, yang merupakan salah satu operasi pembedahan peringkat pertama (yakni operasi pembedahan yang paling sukar), doktor terlibat melaporkan bahawa proses pembedahan tersebut berjalan dengan sangat mudah sekali. Dan saya sekarang, alhamduliLlah telahpun sembuh dengan berkat doa Nabi saw”.
WaLlahu a’lam.
http://sawanih.blogspot.com/2010/12/selawat-syifa-kekeliruan-berterusan.html
Pelihara aib orang lain
Oleh Harussani Zakaria
SEJENAK merenung di dada akhbar mahupun coretan di laman sesawang, membuatkan saya beristighfar panjang bila menyelusuri bahan berita, coretan mahupun komentar dari pihak yang rata-ratanya agak kritis dan kadangkala memualkan. Setiap bahan berita, coretan dan komentar lebih banyak menyentuh hal-hal bersangkutan diri seseorang yang bukan sahaja boleh menjatuhkan maruahnya, malah lebih dari itu sehingga menghinakan diri dan keluarganya.
Adakalanya komentar dan catatan yang dipaparkan sarat dengan fitnah, umpatan dan cacian daripada sesuatu pernyataan yang membina. Saya menyedari hakikat umat Melayu ini yang pandai berbahasa dan berkias, namun sejak mutakhir ini gaya bahasanya sudah tidak berlapik dan beralas lantas menerjah maruah diri seseorang sehingga menusuk ke tulang putihnya.
Malah, bukan sekadar menerusi penulisan, pelbagai medium digunakan termasuklah menggunakan kehebatan berkata-kata, berpidato dan berjenaka bagi menyampaikan hasrat menjatuhkan maruah dan membuka keaiban orang lain. Apakah kita sudah lupa pesanan agung Rasullullah SAW seperti mana yang diriwayatkan oleh Al Imam Ahmad dari Anas Ibnu Malik r.a, bahawa Baginda Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud “Tidak akan lurus keimanan seorang hamba sehingga lurus pula hatinya, dan tidak lurus hatinya, hingga lurus pula lidahnya. Dan seorang hamba tidak akan memasuki syurga, selagi tetangganya belum aman dari kejahatannya.”
Anggota lidah seperti mana yang telah disebutkan oleh Imam Al-Ghazali adalah antara sebesar nikmat yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada manusia. Dengan lidah kita berzikir, tilawah Al-Quran dan berkata-kata dengan perkataan yang baik. Menerusi lidah juga dakwah Islam disebar siarkan di serata alam, dengannya juga terlaksana proses saling ingat-mengingati antara satu sama lain supaya hati sentiasa dekat dengan Allah dan Rasul-Nya.
Namun sebesar nikmat itu, maka besar juga tanggungjawab untuk menjaganya. Dengan lidah jugalah manusia boleh terjerumus ke dalam kehancuran, malah boleh mengundang ke lembah neraka Allah SWT. Hal ini mengingatkan saya bahawa Al Marhum Said Hawwa pernah menyatakan besarnya bahaya lidah hingga tiada siapa yang mampu selamat darinya kecuali dengan diam. Bertepatan dengan apa yang disebutkan di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Al Imam Al Bukhari dari Abu Hurairah r.a bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud, “Barang siapa beriman dengan Allah dan hari qiamat, maka berkatalah yang baik atau pun berdiam saja.”
Teringat saya bagaimana sejarah menaqalkan bahawa Saidina Abu Bakar r.a pernah satu ketika meletakkan batu kerikil di mulutnya, semata-mata mencegah dirinya dari berbicara.
Lalu ditanya mengapa beliau berkelakuan begitu, ia menunjukkan kepada lidahnya seraya berkata, “Inilah yang menjerumuskan aku ke dalam kehancuran.” Al Imam Al Bukhari meriwayatkan dari Sahl bin Sa‘ad bahwa Baginda SAW bersabda yang bermaksud, “Siapa yang menjamin untukku apa yang ada di antara janggutnya dan dua pahanya maka aku menjamin untuknya syurga.” Dalam hal ini juga, apakah umat Melayu sudah lupa pepatah yang berbunyi “Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa.”
Bahaya fitnah
Al-Quran yang diturunkan Allah SWT sebagai manual yang memandu hidup manusia telah mencatatkan bahawa di dalam surah Al-Hujurat ayat 12, Allah SWT berfirman yang bermaksud, “Dan janganlah kamu mengumpat setengah yang yang lain. Adakah seorang kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati, tentulah kamu sekalian benci memakannya.” Imam Al-Qurtubi ketika membahaskan ayat di atas menukilkan sebuah hadis tentang erti ghibah (mengumpat) seperti yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Abu Hurairah r.a bahawa Nabi SAW bersabda yang bermaksud “Mengumpat itu adalah anda menyebut perihal saudaramu dengan suatu yang di bencinya.”
Ibnu Abi Dunya meriwayatkan dari Al-Barra beliau berkata bahawa Rasulullah SAW berkhutbah kepada kami hingga terdengar oleh kaum wanita di rumah-rumah mereka. Nabi SAW bersabda yang bermaksud, “Wahai orang-orang yang beriman dengan lidahnya tetapi tidak beriman dengan hatinya, janganlah kalian mengumpat orang-orang muslim dan mencari keaibannya. Sesungguhnya orang yang mencari-cari keaiban saudaranya, maka Allah akan mencari-cari keaibannya. Dan siapa yang keaibannya di cari-cari Allah, maka pasti Allah akan membongkarnya di tengah rumahnya.”
Biarpun sekian banyaknya peringatan al-Quran dan hadis tentang telatah buruk ini, namun umat ini seakan-akan tidak pernah mendengar dan mengambil tahu. Bayangkan apa akan terjadi sekiranya masyarakat kita dipenuhi dengan tingkahlaku yang “jelek” ini, dipenuhi saban hari dengan sikap fitnah memfitnah dan mencerca sesama kita. Hanya ilmu dan penghayatannya sahaja mampu mengekang penularan sikap keji ini sepert imana hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah dari Abu Umamah dia berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Akan muncul berbagai fitnah, di pagi hari seseorang dalam keadaan mukmin lalu kafir di petang harinya, kecuali orang yang dihidupkan Allah dengan ilmu.”
Tentang keburukan orang lain.
Seringkali kita mendengar pihak-pihak beralasan dengan menyatakan “Saya tidak mengumpat atau memfitnahnya, saya berkata yang benar! Saya punya bukti itu dan ini!. Pernyataan yang seolah-olah ingin menghalalkan perbuatan mereka. Al Marhum Sa‘id Hawa menyebutkan bahawa Al-Hassan berkata yang bermaksud, “Mengatakan tentang hal orang lain itu terbahagi kepada tiga : (1) ghibah : iaitu kamu menyatakan apa yang ada pada dirinya; (2) buhtan :iaitu kamu menyatakan apa yang tiada pada dirinya; (3) ifkun : iaitu kamu menyatakan apa yang kamu dengar tentang dirinya.”
Biar dalam situasi apapun, menyembunyikan kelemahan dan keaiban seseorang adalah lebih utama dari menzahirkannya. Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah r.a bahawa Nabi SAW bersabda yang bermaksud, “Dan sesiapa yang menutup keaiban seorang muslim maka Allah taala akan menutup keaibaannya di dunia dan di akhirat. Dan Allah taala sentiasa menolong seseorang hamba, selama dia menolong hambanya.”
Walau bagaimanapun, Imam Al Ghazali menyebut bahawa menyatakan keburukan seseorang dibenarkan di dalam beberapa keadaan yang diperlukan sahaja dengan syarat yang tertentu. Antaranya seperti aduan seorang yang dizalimi oleh seorang yang lain kepada seorang hakim, meminta suatu hukum dalam satu perbuatan atau perkara, berniat untuk memberi peringatan kepada masyarakat atas seseorang yang terang-terangan dan bermegah-megah dengan melakukan maksiat dan beberapa perkara lain.
Politik, umpat dan fitnah
Akhir-akhir ini, politik, umpat dan fitnah seolah-olah suatu perkataan yang tidak mungkin dipisahkan. Baik pihak manapun, ia seolah-olah dibolehkan dengan beralaskan hujah-hujah yang tertentu. Segala keburukan pihak lawan didedahkan untuk pengetahuan umum. Lebih mendukacitakan, saya melihat medium penting bagi membincangkan isu dan kebajikan rakyat seperti sidang Dewan Rakyat dan sidang DUN hari ini sudah menjadi medan umpatan, tuduh-menuduh dan fitnah memfitnah berkait dengan isu-isu peribadi. Apakah kita tidak menyedari betapa terlalu banyak masa dan ruang telah kita habiskan bagi memenuhi selera buruk ini, sedangkan di hadapan kita terlalu banyak isu dan perkara yang perlu dilangsaikan. Apabila ini terjadi, fokus utama ke arah mengutamakan kepentingan rakyat terpaksa dikesampingkan bagi memberi ruang menjawab tohmahan dan fitnah yang dilemparkan.
Ledakan ICT
Ledakan sumber maklumat pada abad ke-21 ini menyaksikan era baru dunia maklumat. Menerusi e-mel, SMS, blog, facebook, twitter dan sekarang era wikileaks, maklumat disampaikan dengan begitu mudah dan pantas. Kebebasan bersuara dalam menyampaikan kritikan, penyebaran maklumat kontroversi mahupun khabar-khabar angin menjadikan dunia maklumat ICT berjaya menarik jutaan penggemar. Menurut sumber internetworldstats.com menyatakan bahawa pengguna Internet hari ini sudah mencapai 1.9 billion dan Asia sahaja mencapai 110 juta pengguna.
Manakala pengguna facebook di Asia sudah mencapai 93.5 juta. Namun apa yang merisaukan saya hari ini, kecanggihan memindah maklumat hari ini telah dicemari dengan medan menabur fitnah dan umpatan. Adakah ini termasuk dalam apa yang kita bincangkan di atas. Imam Al-Ghazali menyatakan mengumpat itu sebenarnya bukanlah semata-mata dengan lidah, namun merangkumi isyarat-isyarat dan tulisan. Tidak keberatan saya katakan bahawa penggunaan medium ini bukan lagi semata-mata menyebarkan berita mahupun maklumat yang bermanfaat, tetapi terselit agenda-agenda tersembunyi yang didokongi oleh mereka yang punya niat untuk membobrokkan orang lain.
Jika amalnya telah habis (diberikan) sedangkan kesalahan dan dosanya semasa di dunia kepada orang yang tidak berdosa masih banyak, maka Allah SWT akan memberi pula dosa orang yang dizalimi itu kepadanya sehingga semakin berat bebannya, lalu Allah SWT campakkan ia ke dalam neraka.”
Maruah manusia terlalu berharga hingga menyebabkan setiap manusia perlu memeliharanya. Kemakmuran beragama, bermasyarakat dan bernegara sukar dikecapi melainkan setiap warga menghormati antara satu sama lain.
Pesan roh kepada manusia
Apabila roh keluar dari jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya kecuali jin dan manusia.
Apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata : "Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirahat daripada seretan malaikat maut".
Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu : "Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas. Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh".
Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu :"Demi Allah, wahai orang yang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh".
Setelah dimandi dan dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengafani kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri, anak-anak, isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak dapat melihat lagi sampai Hari Kiamat.
Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan : "Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meninggalkan isteriku menjadi balu. Maka janganlah kamu menyakitinya. Anak-anakku telah menjadi yatim dan janganlah kalian menyakiti mereka.
Sesungguhnya pada hari itu aku telah keluar dari rumahku dan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka buat selama-lamanya".
Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi diserunya kepada jemaah supaya jangan mempercepatkan mayatnya ke kubur selagi belum mendengar suara anak-anak dan sanak saudara buat kali terakhir.
Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah, roh pula berpesan: " Wahai Kekasihku, wahai saudaraku dan wahai anak-anakku, jangan kamu diperdaya dunia sebagaimana ia memperdayakan aku dan janganlah kamu lalai ketika ini sebagaimana ia melalaikan aku".
"Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang aku telah aku kumpulkan untuk warisku dan sedikitpun mereka tidak mahu menanggung kesalahanku" . "Adapun didunia, Allah menghisab aku, padahal kamu berasa senang dengan keduniaan.
Dan mereka juga tidak mahu mendoakan aku". Ada satu riwayat drp Abi Qalabah mengenai mimpi beliau yang melihat kubur pecah. Lalu mayat-mayat itu keluar dari duduk di tepi kubur masing-masing.
Bagaimanapun tidak seorang pun ada tanda-tanda memperolehi nur di muka mereka. Dalam mimpi itu, Abi Qalabah dapat melihat jirannya juga dalam keadaan yang sama. Lalu dia bertanya kepada mayat jirannya mengenai ketiadaan nur itu.
Maka mayat itu menjawab: "Sesungguhnya bagi mereka yang memperolehi nur adalah kerana petunjuk drpd anak-anak dan teman-teman. Sebaliknya aku mempunyai anak-anak yang tidak soleh dan tidak pernah mendoakan aku".
Setelah mendengar jawapan mayat itu, Abi Qalabah pun terjaga. Pada malam itu juga dia memanggil anak jirannya dan menceritakan apa yang dilihatnya dalam mimpi mengenai bapa mereka. Mendengar keadaan itu, anak-anak jiran itu berjanji di hadapan Abi Qalabah akan mendoa dan bersedekah untuk bapanya.
Seterusnya tidak lama selepas itu, Abi Qalabah sekali lagi bermimpi melihat jirannya. Bagaimanapun kali ini jirannya sudah ada nur dimukanya dan kelihatan lebih terang daripada matahari.
Baginda Rasullullah S.A.W berkata: Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut.
Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar.
Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu." Sambung Rasullullah S.A.W. lagi: "Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail A.S. akan menebarkan sayapnya yang di sebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga.
Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada di sekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail A.S.
"Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S. akan menebarkan sayap di sebelah kiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang di sekelilinginya.
Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya. Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T. menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut.
Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata: "Tidak ada jalan bagimu mencabut rohorang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah S.W.T."
Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada AllahS.W.T.dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu. Lalu Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: "Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain."
Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu.
Maka berkata tangan: Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dari arah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah, tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan.
Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata: Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan enghadiri majlis-majlis ilmu.
Apabila gagal malaikat maut,mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir."
Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah."
Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T. Kemudian Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud:"Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu."
Sebaik saja mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan Asma Allah S.W.T. Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada Allah S.W.T maka keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang.
Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A: "Roh itu menuju ketujuh tempat:-
1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.
5.Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.
7.Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin,mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat.
Telah bersabda Rasullullah S.A.W: Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-
1. Orang-orang yang mati syahid.
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Arafah. Sekian untuk ingatan kita bersama.

Langgan:
Ulasan (Atom)