Mengenai Saya

Foto saya
Kota kinabalu, Sabah, Malaysia
Sama-samalah kita ingat mengingati 'Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati'.

Jumlah Paparan Halaman

Pengikut

Rabu, 6 Januari 2010

Saudara dimana?

Indah khabar dari rupa, lembut kata-kata tak sama dengan pernyataan. Memang itulah hakikat yang banyak berlaku. Dalam suasana ramai berbagai cadangan, pandangan di perkatakan tetapi adakah semua yang diperkatakan itu menjadi kenyataan? Tak guna mengatakan apa yang tidak akan kita kotakan kerana itu hanya menjauhkan saudara sendiri. Apalah ertinya harta bertimbun sedang saudara lain masih ada yang merengek. Kewajaran mereka yang mempunyai kelebihan untuk menjenguk dan bertanya pada saudara yang terdekat akan keperluan yang mereka perlukan. Jangan hanya memandang sebelah mata, jika hanya melihat dari satu sudut kadang-kadang pemerhatian dengan mata kasar tanpa di turuti dengan siasat tidak akan mendapatkan apa sebenarnya yang berlaku. Khususnya yang beragama Islam, kenapa perlu ada syarat untuk membantu saudara seagama lebih-lebih lagi sebagai saudara terdekat? Ingatlah Sebanyak mana harta yang kita ada, apakah itu akan menjadi bakal di Akhirat nanti? Harta yang menjadi milik sebenar ialah harta yang telah kita gunakan pada jalan Allah, bukan yang tersimpan. Memang benar harta perlu ada untuk masa depan untuk sendiri dan anak-anak tapi jangan sampai ada kalangan saudara sendiri yang memerlukan bantuan dibiarkan. Tidak ada maknanya menghulurkan bantuan kepada badan kebajikan, orang miskin selagi di kalangan saudara terdekat , masih ada yang perlukan bantuan.

Tiada ulasan: