Mengenai Saya
- sapili
- Kota kinabalu, Sabah, Malaysia
- Sama-samalah kita ingat mengingati 'Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati'.
Jumlah Paparan Halaman
Pengikut
Rabu, 6 Januari 2010
.sebuah kisah..
Entah dimana silapnya sejak kecil lagi anak kecil itu sering dipersalahkan. Kesalahan yang dilakukan orang lain sering dikenakan pada anak kecil itu. Dia tak pandai membantah, akur segala apa orang perkatakan tanpa memikirkan baik buruk akibatnya. Dia terlalu berahsia. Biarpun tahu orang lain yang melakukan kesalahan dia rela menerima tomahan kerana sedar dia tetap di persalahkan. Sikap si anak kecil yang tidak pernah dipercayai dalam keluarga sering mendapat 'rotan' bapa. Bila barang hilang si anak kecil juga dituduh konon nampak dari tilikan pakci dipercayai dapat melihat alam ghaib. Kalau diingatkan Allahualam apalah nasib pakci itu. Dalam diam sianak kecil belajar agama tanpa pengetahuan keluarga. Dari sinilah dia menyedari betapa banyaknya kesalahan-kesalahan yang berlaku dalam keluarga. Kalau diingati, hanya melukakan. Namun hingga kini luka bekas cercaan dan penghinaan keatasnya tetap ada walau hanya sebagai tetapannya sendiri. Dia membesar mengikut arus perkembangan tanpa melupakan haknya pada Allah. Walau berada dalam keadaan yang kelihatan hidup selesa namun zahirnya dia hanya hidup bergantung pada pendapatan tanpa mendapat sesen pun bantuan dari saudaranya yang berpangkat abang. Malah ada saudara yang memerlukan dua ribu lima ratus untuk bayaran pengajian di universiti meminjam dari anak kecil dengan menjanjikan bayaran balik, namun hingga kini setelah hampir duabelas tahun berlalu tak ada sesen pun dibayar. Di awal tahun lapanpuluhan sianak kecil telah mohon bantuan siabang untuk pembelian pembaikan rumah, malangnya tidak ada jawapan. Hingga kini si anak kecil serik memohon ihsan dari saudara sendiri. Diakhir tahun duapuluhan sianak kecil sekali lagi dikeciwakan bila sms yang dihantar untuk meminta bantuan pada abang berjawatan langsung tidak mendapat jawapan. Inilah nasip sianak kecil yang terus tersisih dari mendapat bantuan dari saudara sendiri. Nasip umpama sudah jatuh ditimpa tangga. Sianak kecil yang telah mempunyai kerjaya sendiri turut melupakannya. Mereka lupa pengorbanan sianak kecil. Semasa alam persekolahan belanja sekolah diberikan, namun sianak kecil tiba-tiba mendengar khabar kononnya anak-anak semasa sekolah tidak menerima belanja dari ayah mereka. Adakah sikecil yang sanggup menghantar wang atau kirim kepada mereka bukan wang belanja. Anak-anak, sikecil menyembunyikan derita kepayahan menghantar wang belanja sekolah dengan berhutang dengan kad kredit yang tertunggak hingga kini. Sikecil walau tidak kacak dengan takdir Allah dikurniakan pasangan melebihi saudara yang lain dan di permudahkan urusan hidup. Sepanjang hidupnya Sikecil lebih mempercayai Allah kerana sudah terbukti selama hidup ini tiada saudaranya yang menghulurkan bantuan yang diminta. Malah dipergunakan untuk kepentingan diri sendiri ada. Sikecil tidak lupa mengucapkan terimakasih yang tidak terkira kepada beberapa individu yang pernah menghulurkan pinjaman atau bantuan. Sikecil tetap berjanji akan menunaikan janjinya. Insyallah. Kisah kali ini sikecil berpesan Jagalah Solat dan biasakan Zikirullah. Bantulah mereka yang memerlukan bantuan terutama sekali keluarga terdekat.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan